Terbang bersama Malaysia Airlines

Malaysia Airlines ditubuhkan pada tahun 1987. Sebelum itu ia dikenali dengan nama Malaysia Airlines System.

Penerbangan pertama dalam sejarah Malaysia adalah pada tahun 1947 dan membawa hanya seramai 5 orang penumpang. Penerbangan ini hanya untuk Kuala Lumpur dan Singapura.

Sehingga kini MAS (Malaysia Airlines System) mempunyai lebih kurang 107 buah pesawat. Antaranya termasuklah pesawat yang popular seperti Boeing 777-200ER dan Boeing 747-400.

Boeing 777-200ER merupakan pesawat terkini dan tercanggih. Penerbangan MH 370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 adalah dari model tercanggih ini.

Berikut merupakan logo MAS : 

mas airline

Pesawat MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu adalah dari model yang lebih kurang sama dengan MH 370 iaitu Boeing 777-2H6ER.

mas airline
Boeing 777-200ER

Selain daripada insiden nahas yang telah disebutkan di atas, terdapat satu lagi insiden yang paling diingati sehingga kini iaitu insiden di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 1977. Pesawat yang membawa 93 penumpang dan 7 anak kapal jatuh terhempas dikatakan akibat hi-jack (rampasan).





No comments:

Post a Comment